<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, February 14, 2005
pekara penting

Suatu hari seorang profesor menulis ayat

"Woman without her man is nothing"

...di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda
bacaan
untukmemberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.

Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itudia
telah
meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hinggaayat itu dibaca
seperti
berikut:

"Woman, without her man, is nothing"

Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajarlelaki. Dengan
bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dansorakan berterusan.

Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepadasemua
yang
hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakin dia
meletakkan tanda-tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu
dibacaseperti
berikut:

"Woman! Without her, man is nothing"

Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnyasemua
mata
tertumpu kepada profesor."Well", kata profesor itu."You can be what you
want
to be." Lalukeluar meninggalkan dewan.

Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi
kata-kata
profesor itu yang menyentak. You can be what you want to beMaknanya
daripada
perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atausebaliknya. Pilihan
pada
diri kita. Kalau 'woman without her man isnothing' dibaca dengan nada
yang
selamba tanpa intonasi tertentuhasilnya berbentuk negatif bagi wanita.
Tetapi apabila dibacasebagai "Woman! Without her, man is nothing". Ia
begitu
memotivasidan amat bernilai sekali.

Petikan buku Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, "Membina Hati Bahagia",
(111-112)


Posted at 03:53 am by ainiman
Comment (1)  

cikgu garang

>>Cikgu yang garang!!! >> >> >> >>  Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap >>  sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk >>  ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada >>  Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. >>Nama cikgu ialah ? >> >>Murid-murid : Selamat pagi, cikgu. >> >>Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? >>Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? >> >>Murid-murid : Selamat pagi,petang dan malam cikgu! >> >>Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh >>orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. >>Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. >> >>Murid-murid : Selamat sejahtera cikgu! >> >> >>Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. >>Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan >>berlawan. >>Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab >>dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? >> >>Murid-murid : Faham, cikgu! >>Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. >>Murid-murid : (senyap) >>Cikgu : Pandai! >>Murid-murid : Bodoh! >>Cikgu : Tinggi! >>Murid-murid : Rendah! >>Cikgu : Jauh! >>Murid-murid : Dekat! >>Cikgu : Berjaya! >>Murid-murid : Usno! >>Cikgu : Salah! >>Murid-murid : Betul! >>Cikgu : Bodoh! >>Murid-murid : Pandai! >>Cikgu : Bukan! >>Murid-murid : Ya! >>Cikgu : Oh Tuhan! >>Murid-murid : Oh Hamba! >>Cikgu : Dengar ini! >>Murid-murid : Lihat itu! >>Cikgu : Diam! >>Murid-murid : Bising! >>Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! >>Murid-murid : Ini ialah jawapan, pandai! >>Cikgu : Mati aku! >>Murid-murid : Hidup kami! >>Cikgu : Rotan baru tau! >>Murid-murid : Akar lama tak tau! >>Cikgu : Malas aku ajar kamu! >>Murid-murid : Rajin kami belajar cikgu! >>Cikgu : Kamu gila! >>Murid-murid : Kami siuman! >>Cikgu : Cukup! Cukup! >>Murid-murid : Kurang! Kurang! >>Cikgu : Sudah! Sudah! >>Murid-murid : Belum! Belum! >>Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? >>Murid-murid : Sebab saya seorang pandai! >>Cikgu : Oh! Melawan! >>Murid-murid : Oh! Mengalah! >>Cikgu : Kurang ajar! >>Murid-murid : Cukup ajar! >>Cikgu : Habis aku! >>Murid-murid : Kekal kami! >>Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! >>Murid-murid : K.O. Pelajaran belum bermula! >>Cikgu : Sudah, bodoh! >>Murid-murid : Belum, pandai! >>Cikgu : Berdiri! >>Murid-murid : Duduk! >>Cikgu : Saya kata USNO salah! >>Murid-murid : Kami dengar BERJAYA betul! >>Cikgu : Bangang kamu ni! >>Murid-murid : Cerdik kami tu! >>Cikgu : Rosak! >>Murid-murid : Baik! >>Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! >>Murid-murid : Dilepaskan tengah malam itu! >>Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya >>keluar.) >> >>Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa >>lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. >>Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat >>menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. >>Cikgu itu pasti akan datang lagi.


Mu$|~|3K DA' GREATEST  


Posted at 03:51 am by ainiman
Make a comment  

Tuesday, February 08, 2005
about Me

nurul ain abdul rahman
19 tahun
iic student
information technology
ampang,kuala lumpur
ain_iman@yahoo.com

Posted at 10:22 pm by ainiman
Make a comment  

terima kasih min

TAJUK :: TERIMA KASIH MIN
KATEGORI :: CERPEN

Hatiku berbunga. Senyumku mekar keriangan. Kenangan semalam menamani lenaku. Cahaya mentari mula mengintai di celahan tirai kamar, namun aku masih enggan bangkit dan meninggalkan kenangan indah itu.

“Bangun Nadia, awak tak pergi kelas?” terdengar suara halus Min, teman serumahku.

“Hmmm...”

“Kelas awakkan pukul 10, awak tak pergi ke ?” dia bertanya lagi.

“Nadia, are you ok? Kalau awak nak pergi, bolehlah kita pergi sekali,” pelawa Min.

Min memang gadis yang baik, walaupun aku baru mengenalinya tetapi Min mengambil berat terhadapku. Malah jadual waktu kuliahku turut tersimpan dalam memorinya, namun perangai Min yang suka menegur sikapku terutama sekali bab solat, menyebabkan Min aku kategorikan sebagai kaki penyibuk.

“Laa... tak siap lagi, tak pergi ke?”

“Aku M.C lah,” jawabku sambil menarik semula selimut.

“Malam semalamkan awak sihat, atau awak... ?” tekanya. Min mula duduk di tepi katilku.

You memang the best student, tapi Nadia tengah malas ni,” sempat juga aku berseloroh.

“Awak ada masalah?”

“Minah ni tak pandai letih ke?” tanyaku di dalam hati.

Lecturer tu tak pandai nak bagi lecture lah,” senang saja aku memprotes.

“Kalau lecturer tu tak pandai, awaklah yang kena belajar dengar lecture,” balasnya.

“Min pergi dulu, esok lusa Nadia pergi pulak,” pujukku agar Min membenarkan aku menikmati tidurku yang tergendala.

“Baiklah, Min pergi dulu.”

Nasib baik minah ni tak berceramah dengan lebih panjang lebar lagi. Sebenarnya bukan lecturer yang membosankan, tetapi aktiviti bersama Kamal budak macho yang baru kukenali malam semalam membuatkan aku enggan bangkit apatah lagi bayangannya masih membuaiku. Malah aku masih terdengar muzik techno yang rancak. Ah.. indahnya malam, kekayaan mama dan papa cukup untuk aku gunakan sepanjang hidupku. Hidup ini mesti enjoy, menjadi sloganku.

Malam Membosankan

Alat hawa dingin yang terpasang tidak dapat menghalang peluhku mengalir. Muzik yang rancak masih tidak menarik perhatianku untuk menari, oleh itu aku hanya memerhatikan teman-temanku menari berpasang-pasangan.

You tak menari?” tegur seorang jejaka.

No, thanks for asking,” jawabku sambil tersenyum.

“Azril,” jejaka itu memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan tanda perkenalan.

“Nadia,” balasku ringkas.

Aku tidak berminat berbual panjang dengannya, terlalu agresif, garfunya juga terlalu mudah menjalar. Aku tahu aku bukanlah gadis yang baik tapi aku tidak akan menyerahkan mahkotaku dengan lelaki yang bukan suamiku. Aku meneguk air berbuih sepuas hatiku dan meminta Azril meninggalkan aku sendiri. Malam ini sungguh membosankan.

“Astaghfirullah, apa nak jadi dengan awak ni Nadia?”

“Nak join? Aku belanja,” pandanganku berpinar.

“Oppss... sorry,” hayunan tanganku menjatuhkan koleksi novel Min di tepi meja.

“Salah sendiri apasal letak atas meja tu.” Sempat lagi aku mengutuk di dalam hati.

Entah berapa ratus kali aku melihat Min berteleku di atas tikar sembahyang pada waktu-waktu begini, ah... lantaklah apa dia nak buat, kubur lain-lain.

“Kalau kubur awak sebelah kubur saya, tentu bising,” tiba-tiba suara Ustazah Aida menerpa di mindaku.

“Argh..” sakit yang ku alami menjadi-jadi.

“Nadia are you okay?” tanya Min kebingungan.

Please Min, awak ada minyak angin?” Pintaku.

“Minyak ni boleh?” tanya Min menunjukkan sebotol Minyak Angin cap Kapak.

“Agaknya... Thanks.”

Sejak beberapa hari yang lalu aku sering merasa sakit di bahagian belakang, malah air kencing juga seolah-olah bercampur darah, agaknya aku tersalah makan, tak kisahlah yang penting hidup mesti enjoy, sakit akan reda bila sapu minyak angin, lebih-lebih ubat cap percuma ni.

“Awak dah okay?” soal Min mengambil berat.

I think so, awak pergilah tidur, I’m okay,” jawabku untuk menyenangkan hatinya. Sekalipun sakit ini menggila sekali-sekala.

“Min masuk dulu, take care,” Min berpesan sebelum kelibatnya hilang dari pandanganku.

Penantian Satu Penyeksaan

Bilik ini bagaikan Penjara Pudu, aku semakin bosan berperap di dalamnya, seingat aku entah berapa kali peti sejuk aku buka. Keluar? Aku masih belum berapa sihat untuk pergi enjoy seperti selalu, malah aku dah mencipta satu tabiat baru, tandas menjadi persinggahanku.

“Kenapa dengan awak Nadia?” Soalan Min mengejutkanku.

“Letih masuk toilet, Min tolong on kipas tu,” pintaku.

“Nadia kalau awak rasa tak sihat, lepas makan ni kita pergi klinik,” saran Min.

“Awak dah bosan Nadia lekat dekat rumah?” sempat lagi aku mengusik Min dengan pertanyaanku, aku tahu Min amat risaukan aku. Semalaman dia menemaniku, setiap kali aku mengerang Min akan menyapukan minyak angin di belakangku.

“Min nak solat dulu,” suara Min memecahkan suasana.

Aku memerhatikan Min sehingga kelibatnya hilang di bilik mandi.

Solat, hatiku berbisik, entah dah berapa lama aku melupakan tikar sembahyang, agaknya semenjak mama dan papa pergi, kehidupan tanpa mama dan papa mengajar aku hidup berdikari sekaligus melupakan nikmat solat yang pernah ku lakukan dulu. Semuanya hilang bersama mama dan papa.

“Jauh termenung, awak tak nak solat?” tanya Min sambil tersenyum.

“Muda lagi, dah tua esok I will pray,” tungkasku.

“Mati tak kira umur Nadia, bila dah ajal sekarang ni pun kita boleh mati,” panjang lebar ceramah Min kali ini.

“Kalau Min nak, Min matilah dulu,” aku berharap kata-kataku akan mematikan hujahnya.

“Min sanggup, kalau kematian Min boleh membahagiakan Nadia.”

Senang saja Min menyatakan kesanggupannya, aku mula terbayang kematian yang suatu masa dulu pernah berlaku di hadapanku.

Tiga hari lagi umurku genap 21 tahun. Kata orang 21 adalah kunci kebebasan dan kedewasaan, namun bukan hadiah yang aku nantikan, penantianku tertumpu kepada laporan perubatan yang akan keluar pada tarikh yang sama. Aku termakan pujukan Min untuk membuat pemeriksaan beberapa hari yang lalu. Penantian itu satu penyeksaan dan kini aku terseksa dan gementar menanti laporan itu dikeluarkan.

“Nadia, kain sembahyang awak dekat tepi katil, awak akan tenang bila awak mengadu kepada-Nya,” Min mengingatkan aku.

“Alahai membebel pulak makcik ni.” Tapi kata-kata itu hanya berlegar di dalam hatiku.

“Nadia dengar tak?” Min mengulangi pertanyaan, beriya-iya Min mengajak ku solat.

“Dengar.”

“Bulan depan exam, assignment dah siap?” Minah ni banyak soal pulak hari ni.

“Dah,” jawabku pendek, macamlah dia tak tahu aku siapkan assignment guna duit, bayar je kat budak yang rajin ha.. .siaplah.

“Nadia jangan lupa makan ubat tu,” laung Min sebelum meninggalkan aku.

Ketegangan

“Kronik! Ini satu kesilapan, doktor always do that,” luahku kesal.

Aku cuba meyakinkan diriku bahawa laporan itu satu kesilapan. Tetapi mampukah aku menipu diri sendiri. Aku terkenang soalan doktor mengenai lenguh bahagian belakang yang seringku alami.

“Tidak, aku tak akan percaya laporan palsu ni,” kertas tu aku campakkan ke tempat yang sepatutnya, tong sampah.Aku mengambil keputusan yang ku kira terbaik untuk diriku, aku akan menganggap perkara ini tidak pernah terjadi.

“Apa pulak ni?” sambil tanganku membelek-belek bungkusan yang comel di atas katilku.

Happy Birthday – sesungguhnya Allah S.W.T menyayangimu” - Sahabatmu Nur Anisah Aminah.

Allah, nama suci itu perlahan-lahan meresap ke hatiku yang paling dalam.

Benarkah Dia menyayangiku, mengapa aku bersendirian di dunia ini, mengapa Dia menjemput mama dan papa malah pemergian mereka tanpa pesan, sehingga aku kesunyian? Satu-satunya cara aku menghilangkan kesunyian adalah dengan bergaul dengan kawan-kawan seperti Gee, Erin dan lelaki-lelaki yang hadir setiap kali melihat kelincahanku di pentas.

Ya Allah, sekiranya Engkau menyayangiku berikanlah petunjuk kepadaku, pertama kali aku memohon kepada-Nya selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan mama dan papa di hadapan mataku. Itupun penuh keraguan.

Min tersenyum, sungguh ikhlas dan indah. Min sungguh ayu hari ni, baju kurung biru laut dipadankan dengan tudung biru yang agak lembut sungguh sesuai dengan kulit Min yang cerah, apatah lagi Min mengenakan kerongsang yang aku hadiahkan kepadanya.

Min beria-ia mengajak aku keluar setelah Min kerap meninggalkan aku sendiri, namun Min enggan memberitahu tujuannya mengajak aku keluar, agaknya hari ini adalah hari yang istimewa buat Min dan mungkin juga untuk diriku sendiri.

“Nadia tunggu Min!!” Jerit Min sambil menggerakkan tangan sebelum melintas.

“skreettt..... prang...!”

Dentuman yang kuat terdengar, bau getah terbakar mula menusuk hidungku.

“Min... Min...!” entah kenapa Min tidak menjawab panggilanku. Aku melihat tubuh Min terbaring kaku berhampiran lampu isyarat di seberang jalan.

Selepas itu aku tidak mampu untuk melihat atau mengingati apa-apa lagi.

“Mati tak kira umur Nadia,” terngiang-ngiang suara Min tempoh hari.

“Min sanggup kalau kematian Min boleh membahagiakan Nadia,” kesanggupan Min masih berlegar-legar di mindaku.

“Betulkah kematian Min akan menbahagiakan aku?” aku bertanya, sepi...

“Mungkin Allah menunjukkan kasih sayangnya kepadaku dengan cara ini,” teka hatiku.

“Ya Allah bantulah hamba-Mu ini, kuatkanlah hatiku untuk menerima segala dugaan-Mu,” kali ini aku benar-benar pasrah dengan ketentuan-Nya. Min terlalu banyak mengajarku erti kesabaran, aku tidak akan mengecewakannya, tidak sekali-kali.

Disayang

“Nadia bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara seorang wanita.

“Siapa wanita ni, wajahnya seiras Min tapi agak berumur,” bisik hatiku.

“Nadia, nama makcik Rahmah, makcik mak Min, dah tiga hari Nadia tak sedarkan diri,” mungkin makcik Rahmah dapat meneka apa yang bermain di fikiranku.

“Makcik, Min mana?” aku teringat sahabatku. Makcik Rahmah tersenyum dan meminta aku berehat. Aku pasti Min selamat, takkan seorang ibu mampu tersenyum sekiranya anaknya terkena musibah, hatiku berkira-kira. Aku berehat sepuas hatiku.

“Nadia setuju?” Makcik Rahmah bertanya.

“Nadia ikut kehendak Min makcik,” aku memberi persetujuan.

“Alhamdulillah, semoga Min aman di sisi-Nya,” makcik Rahmah tersenyum lagi.

“Makcik, boleh Nadia tanya sikit?” Aku takut menyakiti hati seorang ibu yang kehilangan anak.

“Apa dia?” aku melihat wajah makcik Rahmah yang tenang.

“Bagaimana makcik boleh tersenyum setelah kehilangan Min?” terketar-ketar suaraku bertanya.

“Makcik percaya Allah lebih menyayanginya, Allah tidak akan menduga hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapinya. Min tentu lebih tersiksa sekiranya kita bersedih kerananya. Nadia kena ingat, Allah sentiasa mengasihi hamba-hambanya.”

Aku terkesima seketika. Mulianya hati seorang ibu. Aku meninggalkan persemadian Min perlahan-lahan, takku sangka Min menjumpai laporan kesihatanku dan berusaha mencarikan buah pinggang yang sesuai buatku, kau betul Min, sememangnya Allah mengasihiku, aku yang tidak sedar. Aku masih bernafas hari ini untuk mendoakan kesejahteraan mama dan papa di sisi-Nya bukan untuk terus menyalahkan takdir Ilahi, kini aku benar-benar faham dan sedar atas kesilapanku.

 

 copy from kak faizah


Posted at 10:18 pm by ainiman
Make a comment  

Friday, February 04, 2005
KERANA RM600

TAJUK :: KERANA RM600
KATEGORI :: CERPEN

"Isy, nyamuk ni betullah…" Eba menggaru lengannya yang berbintat.

Mengacau betul! Aku tengah syok mengelamun nih. Hmm…kat mana tadi? Oh ye, zaman aku dengan Haz mula-mula kenal …kelakar! Masa tu, aku tengah susah hati, takde duit, nak sambung belajar, pastu mak pulak tengah susah…aku betul-betul kusut masa tu.

Lepas tu . . ., tiba-tiba Natasya lak call tengah-tengah malam buta. Nasib baik aku tak tidur lagi.

"Eba, dulu kau kerja kat Shell tu dapat banyak tak? Aku betul-betul nak pakai orang ni. Terdesak betul! Ada pekerja baru pun tak reti nak guna komputer. Tension aku! Tapi…kalau kau nak la. Bapak aku bagi ciput je…"Natasya mengharap.

Aku berfikir sejenak. Memang aku tengah terdesak lagipun. Ni kira rezekilah ni. Kira, termakbul jugaklah doa aku. Natasya pulak kawan sekolah menengah aku. Satu geng dulu. Sekarang ni, aku rapat pulak dengan dia. Dulu biasa aje. Cantiklah…kalau dia yang ajak dok kat rumah dia dan tak kisah nak tanggung makan minum aku, boleh gak.

Mula-mula masa tanya mak dulu memang mak tak setuju. Jauh sangat! Lagipun mak kata semata-mata kerana gaji banyak tu pun aku sanggup ke sana. Mak cakap lagi, tak sedap la nak biar orang tanggung makan minum anak dia. Alah mak, Nat tu berdua je dengan mak dia. Bapak dia selalu sangat out-station.

Lagipun, dia memang anak orang kaya…hehe. Mak suruh cari kerja kat sini aje. Senang nak tolong dia katanya. Aku faham. Tapi, at the same time…aku sendiri tension ngan bapak aku. Tujuan besar aku…just nak keluar dari rumah aje…hehe. Last last, mak mengalah ngan aku.

"Ok lah Nat. Nanti ambil aku kat stesen Putra ek? Pukul 6 petang," Aku letak gagang telefon.

Yes!!! Aku dapat kerja! Yea! Yea! Malam tu, aku terus packing barang.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Lama jugaklah aku tunggu Nat. Nak dekat sejam, baru nampak batang hidung. Minah ni memang busy memanjang sejak kerja ngan bapa dia ni. Takpelah, aku pun ada buku nak dibaca.

Sempat termenung lagi petang tu…bila fikir-fikir balik aku pun tak tau kenapa aku nak sangat kerja dengan Nat kali ni. Bukan dia tak pernah ajak, aku je yang selalu menolak. Tapi this time, aku rasa macam aku patut pergi Selayang. Tetiba tak sedap hati pulak. Janganlah benda tak baik nak jadi…

Malam tu kitorang kena makan kat luar. Biasalah, mak dia tak masak. Seronok rasanya dapat datang Selayang malam tu. Lama dah aku tak jejak sini. Sejak aku dah tak belajar lagi ni, macam-macam yang berlaku. Pejam celik aje dah bulan kelima aku melepak kat rumah. Kalau aku keluar, at least kurang la mulut kat rumah tu.

Aku dalam kereta. Nat drive. Memula Nat tanya nak makan kat mana. Aku jungkit bahu je. Tengah kitorang cari port nak makan kat mana, Nat macam lost sikit. Aku tengok dia macam tak keruan. Aku biarkan aje dia. Tadi sikit lagi nak langgar divider jalan masa jemput aku. Mungkin penat kot. Tak le pulak aku bertanya kenapa. Pelik. Selalu aku mesti nak mengepoh. Malam ni dua-dua senyap. Mata aku rasa berat sungguh. Tiba-tiba…

"Nat!!! Brek!!!" aku jerit.

Aku tutup mata. Ya Allah! Sakitnya! Mak, ampunkan Eba!

"Hey! Ape yang ko mimpi ni? Menjerit pulak tu! Bangun Eba! Bangun, kita dah sampai ni…" Nat mengejutku dari tidur.

Astagfirullahalazim… mimpi rupanya…tapi macam betul-betul pulak. Alhamdulillah, panjang lagi umur rupanya. Nak kahwin dulu! Hehe.

"Mana kau bawa ni Nat? Tak pernah pergi pun?" aku terpisat-pisat bertanya.

"Berapa lama kau tak datang sini? Ni tempat baru la. Dah, ko tengah mamai ni. Biar aku je yang pesankan." Nat membebel.

Nun dari tempat duduk aku, ada seorang mamat yang aku macam biasa tengok. This one good looking guy yang…ish, mana ya? Macam pernah nampak.

Dah tu sengih-sengih kat aku lak tuh. Lantak le kau. Aku dah le baru lepas kena nightmare tadi. Takde mood aku nak balas sengih kau yang tak berapa kena masa tu…makan lagi baik.

Perjalanan balik malam tu aku lebih banyak diam. Otak aku bercelaru memikirkan mimpi tadi. Macam betul-betul berlaku. Takkan sebab tu aku tak sedap hati dari tadi kot. Lagi satu, berderau darah aku time nampak mamat tu sengih kat aku. Rasa nak marah pun ada. Nat tanya pun aku jawab pendek-pendek je. Hmm…besok dah mula kerja. Nampaknya aku dah ada rutin hidup yang baru. Tak tau untuk berapa lama…

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Pagi tu, lepas Nat bagi instruction nak buat semua kerja-kerja yang melibatkan komputer, aku mula menyibukkan diri sendiri. Rasa seronok pulak ada kerja ni. Aku rasa, berbanding kerja yang Nat suruh buat ni, tak setimpal ngan gaji dia. Pasal, kerja ni semua senang sangat. Kira banyak la gaji yang dia bagi tu. Aku tengok Nat bukan main busy lagi. Yelah, semua dia nak uruskan. Lepas tu, costumer ade je yang datang. Murah rezeki kedai dia ni.

Sambil-sambil tu boleh gak nak usha kalau ada mamat hensem datang. Tapi, ala…kedai ni kompeni umrah. Lagipun, jual barang-barang macam jubah, tasbih, kurma tu. Ade ke orang muda nak datang? Hmm… memang takde pun dari tadi. Kedengaran dari luar bilik Nat panggil…

"Eba! Aku keluar jap! Jaga kedai ni sementara! Tak lama!" laung Nat sambil berlalu.

Isy, dia ni. Aku dahla baru. First day pulak tu. Mane tau apa-apa lagi. Abis kalau ada orang datang kejap lagi nak cakap apa? Ah, aku cakap aje la tunggu kejap sampai dia datang.

Ding! Ala…kan dah kata. Ada orang datang punya. Aku bangun keluar sambil betulkan tudung. Mana tau kot-kot ade mamat hensem datang… eh? Itu bukan…

"Hello…kedai ni ade orang tak?" dia bertanya.

"Err…ada. Ada. Silalah. Nak apa?" aku buat muka konfius.

"Oh, takpe. Saya nak tengok-tengok jubah aje. Nak survey untuk adik saya…kalau awak busy kat dalam tu tak pe la. Saya bukan nak beli pun…" dia membalas.

Sah! Ini memang mamat kat kedai makan semalam. Time Nat tak de la kau nak datang. Abis tu, takkan aku nak biarkan kau kat bebaju ni sensorang. Kalau dia bawa lari sehelai macam mana. Tak haru? Adat la kalau kena perhatikan pelanggan.

"Cantik ya jubah kat sini…" dia mengomel sendirian.

Memanglah lawa…dari Mekah cik abang oi. Tak nampak tag tu? Hish… cepat la si Nat tu balik. Aku mencuka. Terasa dipermainkan bila aku perasan dia saja bawak aku tawaf kedai tu. Dari satu rak ke satu rak. Lepas tu, dia pusing lagi. Kalau dia buat lagi memang dia nak kena lah…

"Eh, awak ni kalau nak…"aku melenting pelahan tapi disekat.

"Jubah di sini cantik…macam tuan dia. Tapi, kalau ada yang warna merah terang lagi okey. Macam warna lipstick awak. Tapi…merah sangat tu…tak takut kena kejar lembu?" dia menyangkal.

Aik? Berani dia kutuk warna lipstick aku! Memang nak kena ni…

"Ey! Aw.." aku baru nak bersuara.

Trooot Trooot!

"Hello. Mak. Kat kedai jubah ni. Okay." Dia mematikan perbualan handsetnya. Lalu memasukkan semula dalam koceknya.

"Maaf. Lain kali saja. Bye!" dia sengih.

Argh! Aku macam nak menjerit aje. Aku paling benci sengih dia. Menyakitkan hati. Dah la tak de can nak marah dia. Ade je yang dia nak cakap. Tak pe, hari ni hari kau. 5 minit kemudian Nat balik.

"Oi! Ko ke mana lama sangat! Tadi ada customer tu wat aku macam orang bodoh. Ada ke dia tawaf kedai ni nak dekat tiga kali? Saje je." Aku sakit hati.

"Ala…memang macam tu la layan orang. Sabar aje la. Kalau orang muda nak pulak kau layan…" Nat membalas.

"Memang orang muda pun. Tu yang aku menyirap tu. Dah la tak bagi can aku nak marah dia pulak tuh!" aku membebel dari dalam bilik.

"Dah, buat je kerja tu. Kang aku potong gaji karang?" Nat bergurau… agaknye. Hehe.

"Baik puan!" aku berlawak.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Sejak dari kejadian itu sampai sekarang ni, adalah dalam sebulan lebih, agak selalulah mamat tu datang. Aku sampai dah malas nak layan. Kalau aku tak keluar dari bilik karang, ade je idea bodoh dia nak suruh aku keluar.

Nak tanya saiz la. Nak tanya kaler lain la. Ade sekali tu dia kata ada baju tu dah kena gigit dek tikus! Aku pegi tengok takde pun. Pusing je nak marah dia, dia dah hilang. Dah keluar. Magik betul. Boleh hilang-hilang kot mamat ni.

Dah tu, sampai sekarang pun tak pernah nak beli apa-apa. Tipu la tu. Kot ye pun nak pick up line…jangan la buat idea-idea bodoh tu. Kang aku hilang sabar kang, kau jugak yang susah. Lepas tu, dah macam tak reti-reti nak jaga mata tu. Aku yang berbaju pun rasa macam tak pakai apa-apa. Ingat hensem sangat la buat perangai macam tu?

Kalau berdepan dengan aku lak, asyik nak lawan mata je. Bila fikir-fikir balik, mamat ni kekadang macam psiko pun ada. Dia ingat sini German ke pakai sweater tengah-tengah hari buta. Baru balik jogging kot…Yang peliknya, tau pulak tu nak datang time aku tinggal sorang…

A’ah, kenapa aku tak terfikir ek selama ni? Entah-entah Nat kenal dia kot? Haa…ni Nat punya kerja la ni!

Aku pusing sebelah, tengok Nat dah tidur. Tak boleh jadi ni…dah lama sangat Nat biarkan aku dalam keraguan. Tak sanggup lagi aku nak berteka-teki. Nak kejut ke tak… hmm, tak payah la. Dia pun penat. Besok ajelah. Aku cuba lelapkan mata…tapi, yang aku nampak hanya muka dia. Nama dia pun aku tak tau. Nama aku dia tau pulak…oh ye, aku ada tag nama.

Perasan pulak. Hehe. Tapi dia agak cute jugak…cute is ugly but adoreable..hehe. Esok datang tak? Sebab kalau kau datang aku nak pakai baju merah tu lagi…

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"Eba, macam biasa. Sekejap. Bapa aku panggil hantar dia kat office. Kalau ada apa-apa, call handset aku. Oh ye, kalau ade mamat yang selalu datang kacau kau tu lagi, suruh dia tunggu. Aku nak jumpa." Nat berlalu. Serius sekali.

Aik? Macam mana ni. Aku pulak yang konfius. Aku rasa macam dia punya kerja semua tu, tapi pagi ni dia macam serius aje. Nak jumpa mamat tu buat ape? Nak bagi penyepak side aku ke? Kalau ye…okay jugak. Puas hati aku.

Tetiba je hari ni aku macam suspen nak tunggu mamat tu. Entah datang entah tidak. Selalunya, kalau aku dengar je suara dia rasa macam nak suruh balik je. Menyampah gak la. Takpe, demi Nat aku cuba suruh dia tunggu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Ding!

Hah, tu dia dah sampai…aku bangun seraya membetulkan baju dan tudung.

Fuh kiri…Fuh kanan. Haha…aku dah gila.

"Iya pak cik. Awal hari ni? Kalau nak tawaf macam selalu silakan. Saya ada banyak kerja ni. Tolong la check kalau-kalau baju lain pulak ada lubang kena gigit tikus…" aku menyindir. Dah aku tak tau nama, ‘pak cik’ tu aku rasa sesuai la kot.

"Oh…tak la nek, saya dah berenti dah buat tawaf kat sini. Tapi, hari ni macam nak lepak lama-lama pula kat sini. Boleh kan? Sambil tu, boleh tunggu bos nek datang. Tak pernah jumpa dia…" selamba dia membalas dan duduk di sofa.

Aku membulatkan mata. Berani panggil aku ‘nek’ ye? Dia hanya sengih seperti selalu. Relaks sungguh lagaknya. Macam kedai uncle dia. Hai…mamat ni memang nak kena. Tapi tak pe. Tak payah aku suruh dia tunggu. Dia memang nak tunggu. Malas nak layan orang sewel ni. Baik aku masuk bilik semula.

"Awak ni garang sangat. Tapi comel jugak kalau kena usik macam tu selalu. Do you mind if I sit here?" dia terjongol kat muka pintu.

E’eh, belum sempat aku bagi kebenaran dia dah duduk. Kalau macam tu tak payah la tanya. Duduk je. Kan senang. Hmm…camane aku nak buat kerja macam ni? Benci betullah mamat ni. Mata tu boleh tengok tempat lain tak? Macam tak pernah tengok perempuan…

"Do you mind telling me your full name?" dia memulakan sesi soal jawab.

"Yes I mind. And please call me what’s stated here onlyANDno more questions ok? I’m in the middle of something here…" aku selamba membalas tanpa memandang muka dia pun. Rasakan!

Selama beberapa puluh minit itu dia hanya duduk memandang aku. Malas nak layan. Kau ingat aku takut sangat dengan kau? Hmm…sorry la. Kau nak tenung takpe, tapi jangan bergerak. Hehe. Aku rasa, dia agak bengang dengan jawapan aku. Dia hanya duduk dan memandang aku. Macam dalam dunia ni dah tak de kerja lain. Nat…balik la cepat. Jantung aku ni macam dah nak kong!

Ding!

Ha…Nat balik. Aku meluru bangun tanpa memandang wajahnya. Harap Nat bagila penampar jepun untuk orang yang tak reti bahasa macam dia ni….

"Nat. He’s insideget him out." Aku buat muka jengkel. Muka je jengkel…hati tak kot. Haha!

"Tak payah…" dia bersuara dari belakang. Betullah dia ada ilmu hilang-hilang.

"A’ight…" pendek Nat balas.

"Eba, ini sebenarnya…"

"Boyfriend kau?" aku cepat-cepat pintas.

Nat ngan mamat tu berpandangan. Then diorang ketawa sama-sama. Aik, diorang kenal each other?

"He wanna know you badly lah silly…and dia bukan boyfriend akulah. Kawan kat U dulu…tapi duduk sini. Okay, mari kita start lagi sekali… Eba, ni Haz. Haz ni Eba. Selama ni…" Nat perkenalkan aku tapi Haz pantas memintas cakap Nat.

"Nak kawan ngan awak punyalah payah…pening saya. Lagipun, saya dah nak kena balik German semula next week. Takut tak sempat nanti. So, kena mintak tolong Nat…" dia menjelaskan. Ai…betul straight forward. Ingat aku je macam tu. E’eh, betullah German…hehe.

"Awak ni yang ada masa birthday Nat last two years dulu ke?" aku cuba meneka.

"Yes. That’s me. The clown. Hehe.." dia mengaku lambat-lambat.

I knew it. Sah le mamat ni. Clown yang memalukan aku depan orang ramai dulu. Sapa suruh tolak aku jatuh kolam? Haa…kan dah kena. Kiranya, tak rugi la aku dera dia sikit kali ni.

"Err…your full name maybe?" dia tak putus asa.

"Swaibatul Islamiyyah bt Omar."

"Saya Hazfein Hashim" dia cepat-cepat bersuara.

"Tak tanya pun?" aku bergurau.

Aku, Nat dan Haz ketawa. Oh ya, comel jugak dia ketawa…

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

So, bertitik tolak dari kejadian itu aku berkawan dengan Haz. Seminggu selepas itu dia pulang ke German semula. Cuti musim panasnya sudah tamat.

Hai…tak lama lagi dia nak balik. Lagi dua bulan. Nat kata dia ada surprise untuk aku. Apa lagilah mamat tu. Jangan rambut tu dah kaler kuning dah le.

Hmm…patutlah Nat beria-ia nak suruh aku kerja situ dulu. Kerana RM600, aku dapat seorang boyfriend…haha! Bayangkan kalau gaji yang Nat kasi RM1200…mesti aku dapat dua orang kan? Hehe!



copy from kak faizah

Posted at 05:08 am by ainiman
Make a comment  

insyirah

INSYIRAH

Dialah wanita terbaik yang pernah aku kenali. Dialah isteri terbaik yang pernah aku miliki. Boleh dikatakan sepanjang 5 tahun perkahwinan kami, aku cukup tenang di sampingnya. Namun, selagi bergelar manusia, selagi itulah tiada yang sempurna. Sehingga ke saat ini, kami masih lagi belum dikurniakan zuriat cinta.

Aku sendiri tidak pasti siapa puncanya sama ada aku atau Insyirah. Apabila Insyirah mengajakku menjalani pemeriksaan, aku sering menolak. Aku sentiasa menekankan aspek-aspek kesihatan dalam kehidupanku sehari-hari jadi mana mungkin aku mandul? Keegoanku sedikit sebanyak merobek hati Insyirah namun dia akur dengan keputusanku.

Hari-hari berlalu dan apabila usia perkahwinan kami hampir memasuki 6 tahun, aku mula merasakan bahawa aku begitu teringin untuk menimang zuriat aku sendiri. Fikiranku mula jahat memikirkan sesuatu yang tidak pernah aku impikan selama ini. Hasutan nafsu mula merasuk di segenap diriku.

Tiba-tiba aku merasa terlalu benci pada Insyirah. Aku benci mendengar suaranya apatah lagi memandang wajahnya. Kini nafsuku berganti pula pada Azura, gadis yang aku kenali di kelab malam sebulan yang lalu. Azura begitu pandai melayan nafsuku. Aku begitu bahagia mengenali Azura.

"Aku nak kau tandatangan borang ni sekarang jugak. Aku nak kahwin dengan Azura. Aku sudah bosan hidup macam ni." Suaraku lantang lantas mencampakkan borang putih itu di hadapan Insyirah. Insyirah tergamam. Perlahan-lahan dicapainya borang itu.

"Apa salah Syirah, bang?" Suara Syirah bergetar menahan pilu.

"Sebab kau mandul! Kau tidak dapat bagi apa yang aku nak! Aku nak anak, faham?"

"Mungkin kita belum ada rezeki lagi, bang... sabarlah. Mungkin ini dugaan kita. Mungkin Allah ingin menguji kita, bang."

"Ahh! Aku tak peduli itu semua. Sekarang aku nak kau tandatangan borang ni sekarang jugak!"

"Insyirah tak boleh, bang. Kalau dengan orang lain, mungkin Syirah sanggup kongsi kasih... tapi bukan dengan Azura."

"Kenapa bukan dengan Azura? Kenapa? Kau fikir kau tu lebih baik dari Azura?"

"Oleh kerana kau tak nak tandatangan borang ni... aku akan ambil jalan mudah. Mulai sekarang, aku ceraikan kau, Insyirah Sofie Bt Sufian dengan talak tiga!" Bergegar Arasy ketika mulutku lantang melafazkan kata-kata keramat itu. Serasa hatiku begitu puas setelah melafazkan ungkapan
itu.

Insyirah tergamam. Air matanya mengalir laju. Setelah perceraianku dengan Insyirah, aku merasakan bahawa duniaku begitu luas. Tiada siapa yang boleh menghalang pergerakanku. Hubungan antara aku dan Azura pula semakin lama semakin intim. Walaupun kami hidup umpama suami isteri, namun pernikahan tidak pernah terlintas di hati kami. Semenjak bercerai, hatiku menjadi tawar terhadap ikatan itu kerana bagiku ia hanya menyusahkan. Buat apa menyusahkan diri memikul tanggungjawab sedangkan apa yang aku perlukan boleh dapat secara percuma. Anak bukan lagi termasuk dalam agenda utamaku. Aku bahagia dengan jalan sesat yang aku pilih.

Selama bertahun-tahun aku terus alpa dengan duniaku. Insyirah pula sudah semakin jauh dari ingatanku. Namun entah bagaimana, tiba-tiba naluri kelelakianku berasa bosan dengan kehidupan yang tiada tujuan ini. Aku umpama musafir yang hilang arah panduan. Aku ingin kembali menyucikan diriku dari najis dosa ini. Aku ingin mengikat Azura dengan ikatan yang sah namun lamaranku ditolak.

"I belum ready nak kahwin. Lagipun buat apa kita kahwin, kan lebih bebas macam ni.." Azura selamba sekali gus menambahkan lagi sakit di hatiku. "Lagipun... I nak beritahu you. I dah ada sugar daddy yang lebih kaya, handsome dan macho daripada you. You pergilah semula pada bekas isteri kampung you tu!" Azura selamba mengambil beg tangannya. Lengan Azura pantas kucapai.

"Ooo... lepas habis harta I you kikis, you cari alasan nak lepaskan diri pulak? You jangan ingat yang you boleh lepas Azura. Perempuan macam you ni lebih baik mati sahaja! Dan you jangan sesekali menghina bekas isteri I sebab dia lebih mulia dari you!" Mataku bulat memandang Azura. Azura tergelak lantas menepis tanganku. Dia memetik jarinya dan beberapa minit selepas itu beberapa orang lelaki berbadan besar menghampiri kami.

"Oho... panggil bodyguard! You ingat I takut dengan bodyguard you tu? Dasar betina ...."

Buk! Belum sempat aku menghabiskan perkataan itu, mulutku pedih ditumbuk oleh salah seorang daripada lelaki tersebut. Mataku berpinar, tiba-tiba dunia ini kurasakan gelap...

Aku membuka mataku perlahan. Segala-galanya putih. Di manakah aku sekarang?

"Abang... Abang dah sedar?" Suara lembut itu menegurku perlahan. Aku memandang ke sisiku. Insyirah! Begitu nyaman aku melihat wajah itu. Betapa rindunya aku dengan belaiannya. "Syirah... abang rindukan Syirah. Abang dekat mana ni, sayang?" Aku mengerut dahiku. Aku cuba untuk bangun namun sakit di perutku masih kuat mencengkam.

"Abang di hospital. Abang pengsan semalam. Orang di kelab malam tu yang hantar abang ke hospital. Syirah dapat panggilan dari mereka. Mereka kata mereka jumpa nombor telefon Syirah dalam dompet abang.."

"Terima kasih Syirah sebab sudi menjaga abang..." Aku cuba mencapai tangan Insyirah lalu ditepis lembut.

"Syirah bukan lagi isteri abang dan kita sekarang ni bukan muhrim lagi. Syirah menjaga abang atas keikhlasan hati Syirah menolong insan yang memerlukan." Insyirah berkata lembut.

Luluh jantungku melihat betapa sucinya hati Insyirah. Sedikit sebanyak hatiku tersentuh pilu. "Syirah... abang bodoh kerana melepaskan Syirah dulu. Abang terlalu ikutkan hati abang. Syirah... berilah abang kesempatan sekali lagi, sayang." Perasaanku pada Insyirah menjelma kembali. Segala kenangan manis kami berdua bermain di ingatanku.

"Abang... Abang dah lupa ke yang abang telah ceraikan talak tiga terhadap Syirah? Talak tiga tidak boleh dirujuk, bang.." Insyirah bersuara perlahan. Aku terpana. Baru kuingat mulutku yang begitu lancang melafazkan talak.

"Abang... abang jangan fikirkan sangat pasal kita. Sekarang ni abang rehat dulu. Syirah nak keluar sekejap. Sekejap lagi Syirah datang..." Tanpa menunggu balasan kata dariku, Insyirah pantas menuju ke pintu. Suaraku tersekat. Aku hanya mampu melihat bayangan Insyirah hilang dari pandangan. Air mataku menitis.

Semenjak pertemuan itu, Insyirah sering melawatku. Sedikit sebanyak timbul kembali perasaan rindu pada kemesraan antara aku dan Insyirah dahulu. Aku akan mendapatkan kembali Insyirah walaupun dengan cara kotor! Aku akan cari cina buta... itu tekadku!

"Abang tak patut buat Syirah macam ni. Syirah ikhlas bantu abang tapi abang ambil kesempatan atas kebaikan Syirah.."

"Abang nak Syirah semula.."

"Tak boleh...! Abang tak faham ke?"

"Kenapa tak boleh?"

Insyirah terdiam. Tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan comel. Wajahnya seiras dengan wajah Insyirah. Gadis kecil itu lantas memeluk Insyirah. "Sebab Syirah dah kahwin bang.. dan Syirah bahagia dengan hidup Syirah sekarang. Syirah tidak boleh mengecewakan suami Syirah sekarang."

"Syi... Syirah dah kahwin? Ini anak Syirah?" Aku terkejut. Serasa degupan jantungku seolah terhenti. Insyirah hanya mengangguk. Tidak lama kemudian, muncul doktor yang merawatku. Dia hanya tersenyum.

"Ini suami Syirah... Doktor Ikmal. Kami dah 4 tahun kahwin. Ini anak kami... Mimi." Lembut suara Insyirah. Tangannya membelai perlahan rambut Mimi. Terasa betapa lukanya hatiku ketika itu. Luka yang terlalu pedih untukku pulihkan. Tidak kusangka bahawa doktor yang merawat aku selama ini adalah suami Insyirah. Patutlah Insyirah begitu rajin melawatku.

"Abang... Syirah balik dulu. Halalkan makan dan minum Syirah selama kita menjadi suami isteri dulu. Syirah harap abang bahagia selalu.." Aku hanya mampu mengangguk lemah. Wajah lembut Insyirah kutatap tajam.

"Mimi... salam dengan uncle Zaidi.." Insyirah mencapai tangan kecil milik Mimi lalu menghulurkan padaku. Aku tersenyum lantas menyambut tangan Mimi. Pipi gebunya kucium. Gadis kecil itu tersenyum. Tanpa ku sedari air mataku menitis... kalaulah ini anakku..

Doktor Ikmal hanya tersenyum memandang kami. Alangkah bertuahnya lelaki itu! Aku melihat kelibat mereka bertiga hilang di sebalik pintu putih itu.

Insyirah! Abang menyesal melepaskanmu... hatiku menjerit pedih!



copy from kak faizah

Posted at 05:06 am by ainiman
Make a comment